8 Jenis Lelaki Ini Wanita Tidak Akan Sekali Dekati

Betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Bila wanita jatuh cinta, seluruh jiwa raga diserahkan demi menghargai kekasihnya itu.

 

Gambar : Shutterstock

 

Namun, ada beberapa jenis lelaki yang wanita jauhi, dek kerana personaliti mahupun tabiat menjengkelkan. Nah, lapan jenis lelaki yang punya sebab mengapa wanita menjauhkan diri.

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Lelaki Meminta-minta

Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita. Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link