7 Sebab Bagaimana Telefon Boleh Memudaratkan Hubungan Anda

Percaya atau tidak, peranan telefon pintar sangat besar dalam kehidupan kita. Selain digunakan untuk berhubung dan bersosial, dengan kemajuan rekaan telefon pintar, ia mampu untuk membantu menyelesaikan tugasan dengan mudah. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang mampu untuk menghabiskan masa berjam-jam dengan peranti tersebut.

Namun begitu, tabiat penggunaan telefon pintar ini juga sebenarnya boleh mendatangkan masalah kepada hubungan anda bersama pasangan. EH! kongsikan beberapa tabiat menggunakan telefon pintar yang perlu anda elakkan ketika bersama pasangan.

Gambar: Depositphotos

Tidak Tunjukkan Kepada Pasangan Apa Yang Membuatkan Anda Tersenyum

Tabiat ini akan membuatkan orang berasa canggung dan kecewa ketika pasangan ada bersama secara fizikal tetapi anda lebih fokus pada sesuatu di telefon pintar. Di samping itu, pasangan mungkin akan rasa tidak percaya dan cemburu jika anda tersenyum pada sesuatu di telefon. Sebaiknya anda kongsikan apa yang membuatkan anda tersenyum dengan pasangan. Buat mereka gembira ketika bersama dengan anda.

Sentiasa Membawa Telefon Pintar Bersama

Kita semua pernah melakukannya, ketika meninggalkan bilik, kita akan bawa telefon pintar tanpa sebarang alasan sekali pun. Sepertinya, telefon pintar itu telah melekat pada tangan. Namun, tabiat ini boleh membawa beberapa masalah bersama pasangan. Pertama, mereka mungkin akan merasa seperti anda sedang menyembunyikan sesuatu, dan menimbulkan isu kurang percaya, cemburu dan ketegangan antara anda dan pasangan.

Kedua, jika sentiasa membawa telefon bersama, anda mungkin akan terlalu fokus dengan notifikasi di Twitter, Intagram dan Facebook sehingga mengabaikan pasangan dan ini akan menyebabkan mereka akan rasa terabai.

Phubbing

Phubbing bermaksud mengabaikan seseorang menggunakan telefon dan ia adalah tabiat di mana anda sentiasa diganggu oleh telefon semasa perbualan dengan seseorang. Jika dahulu, ia mungkin tidak boleh diterima tetapi sekarang ia adalah tabiat yang sudah biasa dilakukan. Tabiat ini boleh menyebabkan isu dalam hubungan kerana pasangan mungkin akan rasa terabai dan tersisih dengan tindakan anda.

Menyemak Notifikasi Telefon Pintar Serta-Merta

Jumlah maklumat yang tersedia dengan bantuan peranti ini adalah tidak terhad, dan mungkin ada di antara anda yang takut terlepas sesuatu yang penting jika tidak memeriksa pemberitahuan daripada telefon pintar. Cuba untuk berikan keutamaan pemberitahuan, kerana tidak semuanya perlu diperiksa dengan segera dan letakkan notifikasi yang tidak penting dalam mod senyap.

Menjawab E-mel Yang Berkaitan Kerja Selepas Waktu Kerja

Anda dan pasangan mungkin sibuk dan mempunyai kehidupan yang sangat dinamik. Sukar untuk mengukur kepentingan kerjaya untuk sesetengah orang. Mungkin menjawab emel dan panggilan kerja kelihatan normal untuk anda tetapi pasangan munkin tidak menyenanginya. Walaupun kerja anda tidak boleh tunggu, jangan lupa ada seseorang yang inginkan perhatian anda. Jadi, tunggu sehingga pagi atau sehingga hari Isnin untuk membalas emel tersebut. Gunakan masa di hujung minggu untuk bersama dengan insan tersayang.

Memeriksa Telefon Ketika Makan Malam

Di dunia moden ini, semua orang jadi tergese-gesa, jadi makan malam adalah peluang yang mungkin jarang berlaku untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama. Adalah penting untuk memastikan anda berhenti dari memeriksa telefon semasa makan malam. Inilah masalah untuk berkomunikasi dan meluangkan masa bersama.

Menggantikan Perasaan Dengan Emoji

Dengan pengaruh telefon pintar, anda mungkin akan lupa untuk menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada pasangan. Pada mulanya, ia lebih mudah untuk menghantar gambar daripada menunjukkannya secara bersemuka. Kemudian, anda cuma menggantikannya dengan emoji kecil. Pasangan mungkin akan rasa kecewa dan menganggap anda tidak lagi menyayangi mereka.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link