Fenomena Gambar Di Laman Sosial

Sangat ironi fenomena ini apabila diperhatikan di setiap laman sosial teman-teman yang sedang dalam proses membina atau memperkembangkan keluarga. Mari kita lihat kronologinya:
 
Ketika bercinta: Hampir setiap saat kalau boleh ingin di muat naik setiap gambar bersama pasangan.
 
Apabila dilamar: Pasti momen ini akan menjadi trending dan akan terus trending sehinggalah satu per satu majlis dari merisik, bertunang, bernikah dan bersanding berlangsung.
 
Di awal usia perkahwinan: Setiap orang pasti teruja dengan kehidupan baru yang dialaminya selepas menempuh alam perkahwinan. Gambar yang dimuat naik pasti akan berkenaan dengan apa yang kamu lakukan untuk pasangan contohnya seperti, masakan pada hari itu.
 
Mempunyai anak: Disinilah bermula segalanya. Setiap gambar yang dimuat naik kalau kamu perhatikan, semuanya gambar kamu dan anak. Boleh dihitung berapa keping gambar pasangan yang kamu muat naik dalam tempoh enam bulan.
 

keluarga

Gambar: mimijumi.com.au

 
Mungkin ada yang merasakan perkara ini biasa kerana keterujaan mempunyai cahaya mata lebih menarik berbanding pasangan. Selalunya akan timbul persoalan pada teman-teman di laman sosial, “apakah status perhubungan kamu dan pasangan ketika ini?’ dek kerana terlalu banyak gambar dengan anak berbanding pasangan.
 
Apakata mulai hari ini, selarikan bilangan muat naik gambar pasangan dan anak di laman sosial. Kadang-kadang hal begini boleh mengguris hati pasangan secara tidak sengaja. Benar kata orang, sayang tak perlu beriya untuk ditunjuk, tapi apa salahnya menggembirakan hati pasangan kamu walaupun tak diungkap dengan kata-kata.
 

Share via
Copy link