Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

10) BENTUK BADAN LEBIH MENAWAN

Menurut satu undian yang dilakukan di United Kingdom, mereka mendapati bahawa ¾ atau 73 peratus individu yang tidak bersenam (sekurang-kurang 150 minit seminggu) adalah dari kalangan yang sudah berkahwin. Undian ini mengatakan bahawa mereka yang bujang dan telah bercerai lebih aktif kerana mereka ingin menarik perhatian bakal pasangan. Malah, menurut penulis buku Singled Out: How Singles Are Stereotyped, Stigmatized and Ignore, and Still Live Happily Ever After dan ahli sains sosial, Bella DePaulo, Ph.D., mereka yang bujang lebih mengambil berat tentang penampilan mereka dan ini pastinya termasuk untuk melakukan senaman bagi meluangkan masa yang ada.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link