Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

7 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

7) TIDAK TERLIBAT DENGAN DRAMA REMEH

Mana-mana hubungan akan melibatkan dua hati dan dua personaliti berbeza. Toleransi dan komunikasi adalah kunci utama untuk hubungan berjaya, dan tanpa dua kunci ini, pergaduhan tidak dapat dielakkan. Mereka yang bujang pula tidak perlu lalui drama-drama remeh ini malah ia juga mengurangkan rasa sakit hati. Masa dan tenaga yang anda anda lebih baik diluangkan untuk aktiviti-aktiviti kegemaran anda berbanding bersedih tentang hubungan anda. Ingat, lebih baik kekal bujang daripada anda dalam hubungan toksik yang hanya membawa tenaga negatif pada diri sendiri.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link