Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Misai

Sekiranya dahulu ramai menjadikan misai Dato’ K sebagai bahan bualan, kini  ramai pula yang tergila-gilakan Aizat Amdan dengan imej barunya yang bermisai. Ramai yang mengatakan dia semakin kacak kerana sememangnya kebanyakan wanita menyukai lelaki yang mempunyai misai. Lebih maskulin katanya. Berikut merupakan beberapa fakta tentang misai yang mungkin Aizat mahupun Dato’ K tidak tahu.

 

aizat

Gambar: Instagram Aizat Amdan

 

1. Secara purata, lelaki bermisai mengurut misai mereka 760 kali sehari.

2. Di India, anggota polis mereka dibayar bonus sekiranya mempunyai misai kerana ia dikatakan melambangkan kejantanan dan kuasa.

3. Secara purata, misai tumbuh sebanyak 0.014 inci sehari atau lebih kurang 5 sehingga 6 inci setahun.

4. Misai tumbuh lebih cepat berbanding bulu di bahagian badan yang lain.

 

ctdk

Gambar: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

 

5. Pada tahun 1967, kumpulan The Beatles memakai misai palsu dalam satu penggambaran untuk menyembunyikan bibir Paul McCartney yang bengkak.

6. Misai mampu menyerap air 20 peratus lebih daripada beratnya sendiri.

7. 90 peratus lelaki bercukur sekali sehari. Sekiranya di jumlahkan, ia membawa kepada 5 bulan sepanjang hidup seseorang lelaki.

8. Keseluruhan industri pisau pencukur bernilai $1.1 bilion.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link