Cinta Berputik Di Pejabat

Pabila dua individu bekerja rapat di tempat kerja kadang-kala boleh menimbulkan rasa sayang kerana anda berdua banyak meluangkan masa bersama-sama.

 

Gambar : Shutterstock

 

Ada sesetengah syarikat tidak kisah akan hubungan ini, asalkan anda berdua umumkannya kepada jabatan sumber manusia, namun ada juga syarikat melarang sekali hubungan ini kerana ia telah tertakluk kepada polisi dan garis panduan syarikat.

 

Benar jika dikatakan bahawa love is complicated kerana perasan cinta atau suka bukan mudah untuk dikawal. Lihat sahaja kepada selebriti-selebriti terkenal yang mula bercinta selepas bertemu di set penggambaran. Jadi, bagi anda yang bakal atau sedang bercinta dengan orang sepejabat, kami pandukan beberapa perkara yang perlu dan tidak dibuat.

 

DO’S

  • Pastikan anda semak dengan teman-teman atau lebih baik dengan jabatan sumber manusia tentang polisi bercinta dengan teman sepejabat sendiri. Seperti yang dikatakan tadi, ada sesetengah syarikat menegah hubungan ini.
  • Bagi anda yang punya ‘crush’ pada teman sepejabat dan ingin berpasangan dengan si dia, pastikan perasan anda terhadapnya berbalas. Jika anda tersalah faham, ini boleh menyebabkan gangguan seksual di pejabat. Ini antara ‘big no-no’ yang dipandang serong di mana-mana tempat kerja. Anda boleh dipecat mahupun digantung kerja dan pastinya ini bukan sesuatu yang anda inginkan bukan?
  • Yang penting, pastikan hubungan kerja anda berdua tetap profesional. Jika pasangan anda memiliki jawatan lebih tinggi daripada anda, jangan guna ia sebagai alasan untuk ponteng kerja atau tidak melakukan kerja tersebut. Bukan sahaja menampakkan anda seorang yang pemalas, ia juga boleh membuatkan pasangan meragui sebab utama anda jatuh cinta padanya.

 

DON’T

  • Jangan jadikan pejabat sebagai tempat untuk anda tayang rasa cinta seperti berpeluk atau berpegang tangan. Harus ingat bahawa pejabat ada tempat yang mana anda perlu berkelakuan profesional, sekaligus untuk menjaga hati teman-teman sepejabat yang lain kerana kelakuan anda mungkin menyebabkan rasa kekok.
  • Elak bergaduh di pejabat. Hal peribadi antara anda dan pasangan hanya boleh dibincangkan selepas waktu bekerja. Jangan cuba untuk menggunakan teman-teman lain sebagai orang tengah antara anda berdua jika masing-masing sedang merajuk. Tidak adil juga buat teman-teman untuk memilih pihak mana yang salah atau betul.
  • Jangan bercerita mengenai keburukan pasangan pada teman-teman kerana ini boleh menjadi buah mulut yang tersebar di pejabat. Perlu wujud batasan di pejabat terutamanya dari segi pergaulan dengan individu lain. Mana tahu, pasangan anda jenis cemburu buta.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link