Posisi Seks Terbaik Patut Cuba Selepas Hamil Untuk Pasangan Suami Isteri

Persoalan yang timbul di kotak fikiran suami isteri yang baru menyambut kelahiran anak pastinya soal posisi seks yang terbaik buat mereka. Jadi EH! kongsikan di dalam rencana ini.

 

Gambar : Shutterstock

 

Boleh kata pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa akan dibelenggu dengan persoalan bilakah waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim sebaik melahirkan. Rasa takut itu membuatkan ramai yang berjumpa doktor dan menantikan jawapan dari mereka adakah ia selamat untuk kembali melakukan hubungan intim kerana bimbang dek kerana perubahan pada bentuk badan.

 

Tidak kira sama anda sebagai wanita melahirkan secara normal atau C-section, pastinya alat sulit anda akan berubah. Mungkin ya ada rasa kurang selesa, tetapi seks tidak sepatutnya berasa sakit.

 

Hubungan seks yang tidak selesa dapat membawa ke iritasi vagina serta rahim, yang mana dapat menunjukkan simptom mimik UTI, yang mana perkara terakhir yang wanita bergelar ibu mahukan.

 

Mungkin posisi seks kesukaan anda sebelum ini tidak akan merasa sama seperti sebelum melahirkan dan mungkin satu posisi yang anda tidak pernah cuba sebelum ini boleh jadi pilihan anda pula selepas ini.

 

Letakkan dalam minda yang mana sesetengah wanita melihat seks selepas melahirkan adalah lebih menyeronokkan. Mungkin anda patut cuba posisi seks ini pula selepas melahirkan. Mana tahu ia yang terbaik buat anda dan pasangan. Try and error!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Isteri berada di atas

Posisi ini membolehkan wanita yang mengemudi perjalanan seks kalian kerana dengan cara ini wanita dapat mengawal kelajuan serta memastikan keselesaan diri. Bagi wanita yang melalui proses melahirkan dengan C-section, posisi ini juga dapat membantu anda melindungi parut jahitan dari tertekan. Cuba menghadap suami atau membelakanginya untuk rasai keterujaan itu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link