Rahsia Selebriti Popular Tempatan Kekal Langsing

 

Boleh dikatakan ramai selebriti tempatan yang punya bentuk badan yang cantik menawan walaupun sudah berkeluarga. Bagi mereka, perkahwinan bukan satu penghalang untuk menjaga tubuh badan agar sentiasa langsing dan sihat.

 

cara-selebriti-jaga-badan

Gambar : Arkib EH! & Instagram 

 

Kesihatan dan kelangsingan tubuh badan itu penting bagi mengekalkan imej muda dan sihat sentiasa. Ia sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi bidang kerja mereka memerlukan mereka tampak cantik di depan lensa.

 

EH! secara eksklusifnya menemu ramah selebriti tempatan dalam mendapatkan panduan serta rahsia mereka menjaga badan agar kekal langsing menawan.

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Diana Danielle

S : Cara terbaik untuk mengawal selera makan?

Saya turunkan berat badan dengan makan sajian yang tinggi protein, rendah karbohidrat dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Saya berasa kenyang dan masa sama makanan yang diambil tidak berat serta rendah kalori. Rambut dan kulit saya juga berada dalam kondisi yang baik pabila saya menjaga pemakanan.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link