Resipi Mudah dan Ringkas Kari Ikan

Resipi: The Westin Kuala Lumpur

 

fish curry on bamboo background

 

Gambar: INGimage

 

Mungkin akan tiba masa anda tidak lagi teruja untuk berbuka di luar ataupun membeli makanan bungkus dari dari bazar Ramadan. Hendak pula apabila ekonomi sekarang ini menjadi-jadi tingginya. Kadang kala sehinggakan terpaksa menahan selera dek kerana ingin berjimat. EH! kongsi resipi mudah tetapi nampak mewah untuk anda jamu selera dengan teman mahupun keluarga.

 

*Hidangan untuk 10 orang

 

Bahan-bahan:

  • 1 ikan jenahak atau ikan merah
  • 80gram bawang (dihiris)
  • 20gram bawang putih (dihiris)
  • 20 gram halia (dikisar)
  • 10 gram serai (dikisar)
  • 2 biji tomato (dipotong kiub)
  • 4 biji cili hijau
  • 10 gram daun ketumbar (dihiris)
  • 1 sudu kecil campuran halba
  • 5 gram daun kari
  • 160 gram serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar pes cili
  • 50 gram kismis (diricik halus)
  • 40 gram pes asam jawa (bancuh dengan air)
  • 30 ml santan
  • 10 gram serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Perap seketika ikan dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak, tambah daun kari, daun ketumbar dan kacau halba, tumis dan bahan campuran sehingga wangi.
  3. Tambah pes cili hijau. Tumis selama 3 minit lagi.
  4. Tambah serbuk kari, kacau selama lebih kurang 2 minit kemudian masukkan santan.
  5. Masukkan yogurt, pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan bendi, baji bawang dan potongan tomato sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link