Topshop & TOPMAN Kini Di Zalora

Oleh: Farhana Fuad

 

owntopshopnow_25867_12250

Gambar: Zalora

 

Destinasi fesyen atas talian yang terkenal di benua Asia, Zalora kini mengumumkan kerjasama terbaru mereka bersama jenama fesyen terkemuka Wing Tai Retail, untuk membawa masuk koleksi fesyen daripada jenama British iaitu Topshop dan Topman. Topshop akan berada di pasaran atas talian Zalora yang merangkumi Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan, manakala TOPMAN pula di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

 

Kini, semua peminat fesyen serta penggemar ceraian fesyen jenama Topshop & TOPMAN boleh  membeli pada bila-bila masa, di mana sahaja hanya melalui akses ke laman web Zalora dan aplikasi bermula dari 9 September lagi. Buat pertama kalinya jenama pakaian British ini tampil di Zalora dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2015.

owntopmannow_08803_48228

Gambar: Zalora

 

Ianya termasuklah gaya bohemian, mood 70-an dan ciri-ciri santai untuk koleksi Topshop. TOPMAN pula hadir dengan koleksi berunsur 90-an, pelancongan, penerokaan dan trend ketenteraan.

 

 

Share via
Copy link