XPS 13 dan Inspiron 13 7000 Inovatif Terbaru Dell

Oleh: Farhana Fuad

 

 

Secara umumnya kita tahu bahawa masa kini segala kerja dan tugasan boleh dilakukan dihujung jari sahaja dengan pertolongan teknologi yang sekarang ini kian meningkat. Misalnya, satu item yang paling memudahkan mereka yang bekerja mahupun pelajar di institusi tinggi atau sekolah untuk menyiapkan tugasan adalah komputer riba. Ianya banyak membantu dari segi boleh dibawa ke mana sahaja kala kembara.

 

Ianya juga bergantung pada jenis komputer riba yang dipilih untuk keperluan bekerja. Setiap jenis dan jenama mempunyai ciri-ciri masing-masing dalam memastikan ianya sentiasa memudahkan pengguna. Jika anda sedang mencari komputer riba buat keperluan bekerja kala mengembara, EH! kongsikan pilihan komputer riba terbaru dari DELL yang menjanjikan segala kepuasan teknikal dalam melancarkan tugasan anda.

 

Dell XPS 13

 

[soliloquy id="89815"]

 

Ianya dianggap komputer riba yang terkecil di dunia pada masa kini.Dengan ketebalan dan beratnya ternyata ringan, fungsinya juga nyata mampu mengalahkan komputer riba lain. Paparan skrinnya pula bersaiz 13 .3 inci di dalam saiz komputer riba berukuran 11 inci.

 

Mengujakan lagi, XPS 13 mempunyai keunikan pada bahagian bingkai (bezel) skrin paparannya tanpa sempadan dengan senipis 5.2mm iaitu rapat sehingga ke bahagian tepi pada bahagian atas dan kedua-dua belah hujung skrin. Iannya bergelar bingkai pada komputer riba yang paling terkecil pada hari ini. Bahkan, skrin paparan ini direka dengan UltraSharp Quad+ yang dilengkapi dengan keupayaan sentuhan.

 

Papan kekunci XPS13 ini dihasilkan dengan penuh berciri backlit memudahkan pengguna untuk menaip didalam suasana gelap. Ianya dipasang dengan pemproses Intel Core i5-5200U Generasi ke-5, menggunakan Windows 10 yang memberikan penjimatan bateri lebih dari yang lain, dengan memori (RAM) 8GB, kad grafik 5500 dan hard drive bersaiz 256GB.

 

Yang hebatnya lagi,  skrin paparannya dihasilkan untuk tahan calar dengan dilengkapi Corning Gorrila Glass serta hayat bateri yang boleh bertahan sehingga lebih dari 15 jam. Keupayaan lain termasuklah berciri wireless, bluetooth 4.0, kamera berserta mikrofon digital, resolusi skrin sebanyak 3200×1800 yang 5 kali seakan HD.

 

Dengan rekaan keupayaan sentuhan pada skrin, ianya memudahkan anda untuk berinteraksi secara lebih semula jadi seperti telefon pintar dan tablet. Anda boleh nikmati perisian seperti Adobe dan OS hanya dihujung jari sahaja.

 

Anda boleh ketahui lebih banyak maklumat lanjut mengenai XPS13 di www.dell.com/my/p/xps-13

 

 

Inspiron 13 7000 siri 2 dalam 1

 

[soliloquy id="89821"]

 

Kali ini DELL membawa lebih keterujaan melalui item teknologi terbarunya yang berinovatif tinggi melalui rekaan komputer riba 2 dalam 1. Ianya merupakan komputer riba yang boleh diubah menjadi sebuah tablet.

 

Dengan kelebihan memiliki 4 posisi duduk yang pertama iaitu sebagai laptop, tablet, tent dan stand. Ianya direka dengan paparan skrin bersama keupayaan sentuhan bersaiz 13.3 inci, menggunakan pemproses Intel Core i5-5200U Generasi ke-5 dan kad grafik 5500.

 

Dengan dilengkapi memori 4GB, 500GB hard drive 720piksel webcam, dual-ray mikrofon. Lagi mudah untuk anda menaip kala di kawasan gelap, komputer riba ini juga direka dengan papan kekunci bersama backlit. Dengan ketahanan bateri sepanjang 6 jam mampu melancarkan kerja anda berjalan dengan lebih lancar dan lama.

 

Melalui keupayaan sentuhan yang direka ke atas komputer riba 2 dalam 1 ini, ianya membolehkan anda menggunakan perisian Adobe atau Paint dengan lebih mudah. Ianya juga dilengkapi dengan Stylus. Apatah lagi apabila menggunakan stylus yang disediakan bersama ke atas komputer riba ini, ianya lebih mempercepatkan segala urusan pekerjaan anda.

 

Sebarang maklumat lebih terperinci, sila layari www.dell.com/my/p/inspiron

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link