2NE1 Live Di Malaysia!

Kepada peminat-peminat muzik K-pop, EH! baru sahaja mendapat berita yang mengatakan kumpulan 2NE1 (sebutan: To Anyone atau Twenty One) bakal mengadakan persembahan di Malaysia bulan Disember ini untuk 2NE1 Global Tour – New Evolution tour mereka.

Saksikan CL, Dara, Bom dan Minzy beraksi di pentas dengan lagu-lagu hit mereka seperti I Am The Best, I Don’t Care dan banyak lagi. Info tiket akan diumumkan pada 27 Oktober nanti. Nantikan update seterusnya daripada kami. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/runningintothesun

2NE1 Global Tour – New Evolution
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Tarikh: 8 Disember 2012
Masa: 8.30pm
Tiket: Info tiket akan diumumkan pada 27 Oktober nanti

Share via
Copy link