Helaian Asas Untuk Tampil Wow

Jika mahu tampil menawan, tentukan anda punya helaian asas. Pakaian-pakaian ini menjadi tunggak isi almari anda. Miliki setiap jenis dalam dua atau tiga helai supaya anda punya pilihan yang pelbagai.
 
Victoria Beckham

Gambar: stylediggin.com

1.      Little Black Dress (LBD): Miliki sehelai dua, yang berpotongan kembang di bahagian bawah atau melekap memeluk tubuh. Pilih fabrik boleh renggang supaya anda masih boleh menyarungnya walaupun tubuh naik sekilo dua.
 
Katie Holmes

Gambar: starpulse.com

 

2.      Kemeja putih: Dipadankan dengan celana slack atau denim, kemeja putih punya fungsi hebat untuk gaya ke pejabat mahupun santai. Pilih daripada fabrik kapas untuk penggayaan yang selesa. Sementelah kemeja putih perlu dicuci dengan bersih, maka eloklah jika anda punya sekurang-kurang tiga helai di dalam almari, supaya dapat mengelakkannya cepat menjadi kuning.
 
Jennifer Lopez

Gambar: frockandrollonline.com

3.      Celana denim: Tidak lengkap almari anda jika tidak ada celana denim. Gayanya yang fleksibel memudahkan suai padan. Malah, sekarang ini pada hari tertentu kita dibenarkan menggayakan denim ke pejabat. Miliki variasi ton rona denim, daripada hitam hingga ke biru lusuh. Potongan skinny mencipta gaya lebih chic dan feminin.

 

Share via
Copy link