100 Terkacak Dunia & Asian Heartthrobs: BTS Bolot Semua Manakala Henry, Alvin & Fattah Cipta Rekod Baru

Keputusan 100 Lelaki Terkacak di dunia 2018 yang diumumkan TC Candler pada Disember 2018 sekali lagi mengundang kejutan apabila kesemua ahli BTS berada di dalam carta walaupun juara tahun 2017 iaitu V atau Taehyung tewas di tangan rakan BTS iaitu Jungkook yang berada ditangga kedua.

 

Jungkook berjaya tewaskan V untuk 100 Lelaki Kacak Dunia.

 

Apa yang pasti, pelakon Hollywood yang meletop dengan filem Aquaman pada 2018 membantu Jason Momoa untuk merampas takhta Lelaki Terkacak di dunia dari Taehyung. Bagaimanapun, V terus unggul dan mengekalkan takhta sebagai juara 100 Asian Hearthrobs 2019 yang telah diumumkan pada 20 Februari 2019.

 

V Kekal takhta untuk 100 Asian Heartthrobs.

 

Bagi 100 lelaki terkacak di dunia 2018, ahli BTS masing-masing mempunyai kedudukan yang banyak perbezaan tangga iaitu J-Hope ditangga ke 88, RM dikedudukan 79, Suga ditempat ke 67, Jin di tangga 47, Jimin di tangga ke 25, V ditempat ke 5 dan Jungkook di posisi naib johan.

 

Keunggulan Jason dalam filem membantu dia menewaskan ramai lelaki kacak lain.

 

Dalam pada itu, keputusan lelaki terkacak turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya lelaki kelahiran Malaysia berada di dalam carta. Pelakon Henry Golding yang turut sama mengalami fenomena yang dirasai Jason Momoa menerusi filem melayakkan Henry untuk tersenarai di tangga yang ke 84. Manakala Henry turut layak dalam 100 Asian Hearthrobs 2019 dikedudukan ke 73.

 

BTS berbakat dan kacak.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi tempatan, Alvin Chong yang pernah mendapat tempat dalam keputusan 100 Asian Hearthrobs 2018 terus menempah nama dengan mendapat tempat ke 79 pada tahun ini. Sahabat baik Alvin Chong yang juga suami kepada pelakon cantik Fazura iaitu Fattah Amin pula buat julung kalinya tercalon di 100 Asian Hearthrobs 2019 dengan kedudukan ke 85.

 

Popularit 3 figura ini melayakkan mereka dalam carta.

 

Keputusan bagi kedua-dua kategori yang dibuat undian secara online dan mendapat lebih sejuta penyertaan dari seluruh dunia turut melayakkan ramai selebriti Korea tersenarai dalam kedua-dua kategori. Antara selebriti Korea yang tersenarai dalam kedua-kedua keputusan ialah Nam Joo Hyuk, Lee Tae Yong, Kai EXO, Mark Tuan GOT7, Choi Siwon dan Sehun.

 

Keputusan 100 Lelaki Terkacak Dunia 2018

 

Keputusan 100 Asian Heartthrobs 2019

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link