Artis Korea Monopoli Pencalonan Lelaki Terkacak Dunia 2018, Mampukah Kang Daniel Rampas Takhta V BTS?

1 of 28
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bermula 18 Jun 2018, TC Candler telah mengumumkan calon-calon selebriti dari seluruh dunia yang layak untuk bertanding merebut gelaran Lelaki Terkacak 2018. Pencalonan pertama dimulai dengan pemenang tahun lalu iaitu Kim Tae Hyung atau V dari kumpulan BTS yang secara automatik tercalon selepas memecah rekod menjadi lelaki Asia pertama memenangi pertandingan tersebut.

 

Benarkah populariti yang dikecapi Kang Daniel mengatasi V BTS?

 

Kemenangan V membuatkan ramai peminat terkejut kerana pertandingan yang dianjurkan bermula dari 2013 sering mengumumkan selebriti barat yang menjadi juara. Apa sekalipun, kemenangan V tahun lalu selaras dengan kejayaan kumpulan BTS yang kini semakin kencang menakluk dunia dengan muzik mereka.

 

Nam Joo Hyuk masih lagi tercalon.

Pencalonan untuk Lelaki Terkacak 2018 masih lagi dibuka yang mana anda boleh mencalonkan selebriti kesukaan anda di laman rasmi youtube TC Candler. Bagaimanapun, calon-calon tersebut mestilah mempunyai jumlah pengikut di Instagram paling kurang 10 ribu follower. Pun begitu, setiap cadangan tidak semestinya diterima kerana pihak TC Candler berhak menilai sama ada artis tersebut layak atau pun tidak.

 

Kesemua ahli BTS tercalon.

 

Tarikh tutup untuk mencadangkan nama artis kesukaan anda adalah pada 30 Novermber 2018. Setakat ini, pihak TC Candler telah mengumumkan calon yang layak menerusi laman Instagram rasmi. Apa yang mengejutkan, ramai selebriti dari Korea yang tercalon dan kebanyakan mereka adalah bintang K-POP.

 

Dua ahli Super Junior sudah tercalon.

 

Setakat ini 27 bintang Korea yang tercalon yang terdiri dari ahli BTS, Got7, Super Junior, EXO, Seventeen, NCT dan Wannaone. Bagaimanapun hanya Kang Daniel seorang saja tercalon dari kumpulan Wannaone. Pencalonan Kang Daniel pula menimbulkan tanda tanya adakah figura ini mampu merampas takhta V menjadi lelaki paling kacak 2018?

 

Ramai ahli EXO turut tercalon.

Isu ini timbul apabila Kang Daniel merupakan artis baru Korea yang sering saja tular dan mendapat tempat dihati kalangan peminat di Korea mahupun peminat antarabangsa. Sama ada mampu atau tidak, keputusan ini akan diumumkan oleh TC Candler pada Disember 2018.

 

Benarkah hanya Kang Daniel saja layak tercalon?

Oleh itu, anda masih berpeluang mencalonkan artis kesukaan anda sementara tawaran masih terbuka. Jom ikuti 27 Bintang Korea yang berjaya tercalon setakat ini.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link