Fans Ajak Kahwin Selepas Penyanyi Korea & Artis Asal JDT Bakal Lancar Lagu Raya!

Tanggal 31 Mei 2019 bakal menjadi sejarah apabila buat julung kalinya penyanyi dari Korea Selatan berpadu suara dengan artis Malaysia untuk sebuah lagu raya berjudul Insa Raya.

 

Insa Raya yang menampilkan penyanyi Korea bernama Jay Kim bersama anak tempatan yang mencipta nama di Korea iaitu Hyunmin-A turut menyaksikan kolaborasi penyanyi BBNU iaitu Reyhan, vokalis One Avenue Band. Malah, penyanyi yang dulu popular sewaktu zaman cilik iaitu Natasha Yazir turut sama menyerikan Insa Raya bersama Keyin Tay iaitu Sexophonist gaya bebas wanita pertama di Malaysia. Menariknya, kesemua artis tempatan berasal dari Johor Dahrul Takzim.

 

 

Walaupun lagu ini masih belum dilancarkan lagi, peminat K-POP terutama sekali peminat Jay Kim sudah mula teruja dan tidak senang duduk apabila Jay Kim dan artis-artis ini telah mengeluarkan poster Insa Raya di laman sosial masing-masing pada 24 Mei 2019.

 

 

Rata-rata peminat dari Malaysia sangat teruja dan tidak sabar mahu mendengar lagu dan menonton video musik Insa Raya yang disiarkan secara serentak di Korea dan Malaysia di laman youtube Jay Kim yang turut popular di Korea sebagai youtubers. Memandangkan Jay Kim turut meminati Islam dan Malaysia, ada juga peminat melamar Jay Kim secara terbuka dengan mengajak Jay Kim berkahwin.

 

 

Selain peminat Malaysia, peminat dari Korea, Arab, Indonesia, India dan beberapa negara lain turut sama teruja dan menyokong Insa Raya. Disamping itu, ramai juga peminat meminta agar Jay Kim yang sedang berpuasa dan mendalami Islam walaupun masih belum memeluk Islam untuk beraya di Malaysia.

 

Apa sekalipun, EH! KOREA BUZZ turut sama teruja dan mengucapkan syabas kepada semua figura yang terlibat. Kolaborasi seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang semoga masyarakat tempatan dan Korea terutama sekali umat Islam di Korea boleh mengenal lebih dekat budaya tempatan.

 

Ayuh kita sama-sama menyokong dan menanti penuh sabar video muzik Insa Raya yang akan ditayangkan secara eksklusif di sini pada 31 Mei 2019. Apa itu Insa Raya? Nanti kita tanya empunya lagu ya.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link