Han Byul ‘Naik Hantu’ Kalau Tak Dapat 10 Benda ini…

Juara Big Stage musim kedua, Jang Han Byul terus mencipta nama di Malaysia apabila lagu Melayu sulungnya berjudul Luka dan Bahagia semakin mendapat tempat di semua corong radio tempatan. Oleh kerana itu, Han Byul tidak akan melepaskan peluang jika mendapat undangan menyanyi di Malaysia.

Makeup: Emel Ismail x Pure Theory

Memandangkan dia sudah menganggap Malaysiaku Syurgaku, Hanbyul tidak segan dan tidak lokek berkongsi tentang kehidupannya dengan lebih mendalam. Kali ini dia juga turut mendedahkan tentang dirinya yang jarang sekali dikongsi. Ikuti perkongsian Hanbyul istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

KAKI LEPAK & SUKA MASAK UNTUK…

Pakaian: Maswira

Memang susah untuk kelihatan langsing dan segak. Sebab itulah, saya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman. Saya kebiasaannya akan duduk di rumah jika tidak mempunyai jadual sebagai penyanyi. Saya juga suka mendengar muzik dan menonton filem.

Malah, saya juga suka lepak di kawasan rumah saya dan kunjungi restoran di Gangnam. Walaupun kini saya tinggal bersendirian, namun saya lebih suka tinggal bersama keluarga. Malah, saya lebih suka makan di rumah berbanding di restoran. Ini kerana, jika di rumah saya boleh masak. Saya juga suka masak untuk kawan dan teruja nak tahu respon kawan tentang masakan saya.

Saya masih rapat dengan ahli LED APPLE tetapi apabila keluar lepak, saya lebih kerap keluar Bersama Len 5tion.

Share via
Copy link