Lee Dong Wook Dominasi Pencalonan, Calon TOP20 KOREA BUZZ Siri 1 Cetus Kejutan

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sesi pencalonan untuk TOP20 KOREA BUZZ yang telah dijalankan mulai Oktober 2018 sehingga Disember 2018 ternyata mencetuskan kejutan apabila nama yang tidak disangka turut disenaraikan pembaca EH! KOREA BUZZ dan peminat industri Korea terutama sekali di Malaysia. Lebih mengejutkan lagi, bintang K-POP yang terkenal merata dunia iaitu BTS kurang dicalonkan untuk beberapa kategori yang diramalkan mereka sememangnya automatik boleh tercalon.

 

Berbanding kumpulan, ahli BTS lebih menonjol secara individu.

 

Apa yang pasti, bagi 18 kategori yang disenaraikan, aktor kacak, Lee Dong Wook ternyata mendominasi banyak kategori. Malah, bagi setiap pencalonan yang ada, ramai aktor dan aktress Korea lebih banyak menerima pencalonan berbanding bintang K-POP. Ini berkemungkinan virus drama Korea lebih kuat di Malaysia berbanding fenomena K-POP.

 

Mungkinkah Lee Dong Wook lebih popular berbanding BTS?

 

Dari calon TOP20 ini, EH! Korea Buzz By Hyunmin-A bakal menjalankan satu program yang akan memilih pemenang bagi setiap kategori dalam masa terdekat nanti. Bagaimanapun, Korea Buzz lebih dahulu mengumumkan keputusan bagi 6 kategori yang mendapat pencalonan terbanyak iaitu Lelaki & Wanita Korea Paling Seksi, Selebriti Korea Paling Popular dan Kumpulan K-POP Paling Popular. Ketahui keputusan penuh ini di sebelah. Anda juga boleh mengetahui keputusan ini di laman facebook dan Instagram Korea Buzz. Lihat di sebelah, adakah figura kegemaran anda tercalon?

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link