Netizen Demand Artis Korea Ini Sertai BIG STAGE 2020 Ikuti Jejak Han Byul

Belum sebulan penyanyi dari Korea Selatan iaitu Jang Han Byul bergelar juara Big Stage (BS) musim kedua, sudah ramai peminat program tersebut teruja untuk menantikan Big Stage pada 2020. Malah, mereka tambah ghairah seandainya BS mengekalkan peserta dari luar negara terutama sekali dari Korea Selatan.  Pun begitu, keputusan sama ada BS masih membuka peluang kepada peserta antarabangsa untuk 2020 masih belum ada keputusan muktamad. Namun, jika menilai dari respon dan rating penonton, berkemungkinan besar ia masih lagi dibuka dan mungkin ada penambahan dari peserta Singapura, Jepun, India dan China. Siapa tahu kan.

 

Juara BS1 Sarah Suhair dan Juara BS2, Han Byul (Kiri). Foto: Maestro Ridwan

 

Memandangkan ramai sedia maklum bahawa Hyunmin-A merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Han Byul pada musim ini, figura ini mendapat pelbagai komen positif bagi meneruskan perancangan untuk membawa lebih ramai  lagi bakat dari Korea untuk menyertai program TV di Malaysia.

 

 

Eddy (Kiri) dan Woo Sung adalah rakan baik Hyunmin-A.

Atas sebab itulah, Hyunmin-A yang juga penyanyi di Korea menerima pelbagai cadangan dari netizen mengenai artis yang layak untuk menyertai BS 2020. Walaupun 10 nama berikut masih lagi dalam cadangan, ada peminat yang sudah membayangkan artis-artis ini boleh terus membawa fenomena baru seperti mana yang telah di lakukan Han Byul pada BS tahun ini.

 

Dalam pada itu, Hyunmin-A yang berkongsi tentang 10 nama tersebut secara eksklusif kepada EH! KOREA BUZZ turut menekankan bahawa semuanya masih dalam perancangan lagi dan pihaknya di Korea masih terus mencari bakat-bakat yang sememangnya wajar diberi peluang untuk memeriahkan industri hiburan Malaysia. Oleh itu, seandainya anda semua mempunyai cadangan lain, anda boleh terus memberi cadangan di laman Instagram Hyunmin-A . (@hyunmin_a).

Menariknya, sebilangan penyanyi ini sudah sedia maklum dan menunjukkan minat untuk menyertai BS. Malah, ada ramai juga sudah mengintai apabila mendapat tahu kemenangan Han Byul sebagai juara tahun ini.

 

Berikut adalah 10 Penyanyi Korea yang mendapat demand dari netizen.

 

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

1.Eddy Oh
Warganegara: Korea & American
Bahasa: Korea & English
Status: Penyanyi/ Pengacara

View this post on Instagram

Bored…… 심심하다……

A post shared by ~!털ㄴ업!~ (@eddyoh_625) on

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link