ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

KB (SHIN KYU BIN)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?

KB: Malaysia penuh dengan kasih sayang. Cuaca di Malaysia lebih baik dari yang saya sangka. Terlalu banyak tempat yang indah. Semua orang baik belaka. Bila balik Korea, saya mesti rindu semuanya tentang Malaysia.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?

KB: Gembira sampai bawa ke mimpi. Malaysia memang negara yang dituju selama ini. Saya sampai tidak boleh kawal kegembiraan saya mendapat tahu tentang tour Malaysia.

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

KB: 1) Berenang di Kolam renang sebab saya suka air dan akan pergi ke sauna

2) Pergi melihat pemandangan indah.

3) SHopping baju dan aksesori sebab saya tak banyak baju.

4) Pergi urut di tempat urut popular di Malaysia

Share via
Copy link