Selepas 2 tahun, Artis K-POP Eddy Oh Balas Cinta Ayda Jebat: Saya Masih Solo!

Pada Mei 2017, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat terkejut apabila mendapat tahu, Eddy Oh dari kumpulan K-POP JJCC telah memilihnya untuk dijadikan sebagai teman wanita dari golongan barisan artis Malaysia. Malah, Ayda sudah pun memberi maklum balas mengenai pengakuan video tersebut dengan menerima Eddy dengan hati terbuka seandainya Eddy masih lagi solo.

 

Foto Dari Instagram Ayda Jebat & Eddy Oh.

 

Mendengar jawapan kasih dari Ayda Jebat, Eddy ternyata terkejut dan tidak menyangka pengakuannya dalam video tersebut bersama ahli JJCC yang lain mengundang spekulasi bahawa mereka benar-benar bercinta. Malah, Eddy yang kini bergerak secara solo dan baru saja tamat bertugas sebagai penyampai radio di Arirang Radio Korea terkesima apabila peminat menggunakan hashtag #AyDy bagi menyokong cinta mereka.

 

Disamping itu, akhirnya Eddy membalas cinta Ayda selepas dua tahun Ayda membuat pengakuan.

 

 

“Saya tak tahu pula Ayda antara yang paling nakal dalam senarai yang diberikan pada saya. Saya betul-betul tidak tahu menahu. Saya rasa, saya ada sesuatu yang istimewa untuk wanita nakal,” ujar Eddy.

 

 

Pun begitu, Eddy tidak pula menyangkal atau mengaku dakwaan bahawa dia lebih memilih gadis nakal untuk dijadikan teman wanita.

 

“Entah…ia bukanlah disebabkan saya suka gadis nakal tetapi bukan juga sebab saya tidak suka. Mungkin ia sesuatu yang semulajadi,” tambahnya lagi dengan senyuman manis.

 

 

Menjawab tentang hasrat Ayda untuk bertentang mata bersamanya, inilah jawapan ikhlas Eddy.

 

“Saya juga terigin sangat berkolaborasi dengan Ayda Jebat. Mungkin kami berdua boleh berduet dalam sebuah lagu. Paling tidak pun kami boleh mengadakan sesi bertemu peminat bersama-sama di Kuala Lumpur. Sesi fotografi dan bergambar bersama Ayda pun sudah pasti boleh dan menyeronokkan,” Eddy jawab dengan penuh riang.

 

 

 

Mengulas mengenai status cintanya pula, tanpa menyorok jejaka kacak ini berterus-terang tentang status terkininya.

 

“Ya betul Ayda. Saya masih lagi solo dan belum berpunya. Kalau Ayda kata terima saya kalau saya masih single, harapan saya pun begitu jua. Saya harap pada masa depan, kami berdua dapat berjumpa dan bertentang mata. Bukan sekadar bergambar bersama, malah saya juga akan meluangkan masa bersama Ayda untuk kenali antara satu sama lain,” katanya

 

 

 

Jika Ayda begitu teruja untuk berjumpa Eddy, bekas ahli kumpulan JJCC ini turut sama teruja.

 

 

“Saya berharap sangat dapat berjumpa Ayda dalam waktu terdekat ini. Hati dan fikiran saya begitu teruja memikirkan soal untuk datang Kuala Lumpur sekaligus untuk berjumpa Ayda. Doakanlah harapan kami untuk berjumpa tertunai cepat,” ulas Eddy sebelum mengakhiri perbualan.

 

Menyentuh mengenai kariernya sebagai bintang K-POP, Eddy secara rasmi mengumumkan bahawa dia bukan lagi bersama JJCC. Malah, Eddy memberitahu kumpulan JJCC yang banyak menaikkan namanya sudah pun terkubur secara rasminya. Kini, Eddy dalam proses pembikinan lagu untuk single solonya.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link