Video BTS Tular, Calon Mister International Korea 2017 Mahu Pilihan Anda

1 of 26
Use your ← → (arrow) keys to browse

Video belakang tabir (Behind The Scene-BTS) Mister International Korea berdurasi 28 saat yang dilampirkan di laman facebook pertandingan berkenaan pada 16 September lalu telah menjadi tular dan ditonton lebih 2.4 juta penonton dalam masa dua hari saja.

 

 

Foto rasmi peserta Mister International Korea 2017 dari AAVEC.

 

Video amatur berkenaan menampilkan 25 peserta Mister International Korea yang sedang bersiap sedia untuk sesi fotografi gambar profil yang berkonsepkan barbie doll. Selepas video berkenaan tular, foto yang diambil StudioAAVEC.com pula menjadi bualan ramai apabila setiap peserta nampak seperti patung dan membuatkan ramai peminat histeria untuk memilih siapakah yang layak untuk merangkul gelaran Mister International Korea 2017.

 

Calon-calon yang bekerjaya sebagai doktor

Menerusi pertandingan ini, 25 peserta ini bertandingan untuk merebut 3 gelaran utama iaitu Mister International Korea 2017, Mister Global 2017 dan Men Of the World 2017. Selain itu, pertandingan yang bakal berlangsung secara langsung di The Partyum, Gangnam, Seoul pada 19 Oktober depan turut mempertandingan kategori Mister Photogenic yang diadili menerusi undian dari peminat.

 

Ini pula pelakon Korea yang turut bersaing merebut gelaran Mister International Korea 2017.

 

Namun, hanya 6 peserta yang berada tangga teratas saja layak bertanding untuk kategori ini. Peminat antarabangsa berpeluang menyertai sesi undian ini dengan melayari laman instagram rasmi studioaavec. Setiap peminat hanya boleh mengundi sekali saja dengan menekan butang suka dan memberikan komen. Tarikh tutup undian adalah pada jam 12pm pada 19 Oktober waktu Korea.

 

Selain doktor, ini pula calon-calon yang bekerja sebagai model merebut gelaran yang dipertandingkan.

 

Bagaimanapun, istimewa buat pembaca EH!KOREA BUZZ, kami memberi peluang untuk kenali lebih dekat serta mengundi siapakah peserta pilihan anda. Keputusan undian tersebut akan dikongsikan kepada pihak penganjur. Undian anda juga membantu 25 peserta ini untuk meraih gelaran yang dipertandingkan.

 

 

Kenali Peserta di sebelah dan undi pilihan anda di bawah. Undian anda juga diperlukan untuk menentukan kategori People Choice di sini.

 

 

Siapakah Mister International Korea 2017 Pilihan Anda?

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link