Ady Putra, kini melangkah ke layar perak Bollywood






“I’m speechless”.

Itu luahan pertama yang keluar dari mulut pelakon kacak yang berbadan tegap, Ady Putra ketika ditanya perasaannya ditawarkan untuk berlakon dalam filem terkenal Bollywood, ‘Don 2’. Filem yang meletakkan Shah Rukh Khan sebagai pelakon utama bakal menyaksikan Ady Putra beraksi sebagai peguam kepada aktor kacak Bollywood itu. “Skrip dan lokasi penggambaran belum dimaklumkan namun saya tetap bersedia sekalipun terpaksa berbahasa Hindi. Pihak produksi juga memaklumkan saya hanya terlibat dalam dua babak,” katanya yang menganggap bahasa itu pasti seronok untuk dipelajari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain Ady, seorang lagi pelakon tanah air yang turut diberi tawaran dalam filem sama adalah Ridzuan Hashim. “Tentunya saya berasa gembira dan inilah yang dipanggil rezeki. Saya sentiasa percaya pada ketentuan ilahi kerana rezeki orang, tidak sesiapa pun yang boleh menjangka”. Bercakap tentang kesibukan sebagai penggiat seni, Ady juga tidak menafikan dia pernah jatuh sakit akibat terlalu sibuk dengan penggambaran. “Setiap hari saya bersiap pada jam enam pagi dan adakalanya tempoh saya bekerja mencecah hingga 16 jam sehari! Sejak insiden jatuh sakit baru-baru ini, barulah saya menyedari yang saya sebenarnya terlalu kuat bekerja.”

 

 

 

 

 

Ketika ditemubual, Ady juga dilihat sebagai insan yang penyabar. Masakan tidak, mahligai cinta yang dibina selama lima bersama isterinya, Zuhaidah Yusof, diuji dengan dugaan yang berturut-turut apabila isterinya sudah empat kali keguguran zuriat.

“Kali pertama berita itu diterima, saya berasa amat kecewa namun setelah empat kali dugaan sama berlaku, saya redha dan tetap tidak berputus asa. Kerana setiap pemberian Yang Maha Berkuasa, pasti ada rezekinya cuma masa yang menentukan.”

Untuk menonton sesi temubual EH! bersama Ady Putra, saksikan klip video untuk berkongsi serba sedikit tentang pelakon kelahiran Singapura ini!

Share via
Copy link