Sejauh Mana Anda Perlu Cemburu?

Orang kata, cemburu itu tandanya sayang. Tetapi kalau anda selalu sahaja cemburu tidak kena dengan tempatnya, teman lelaki atau suami turut merasa rimas. Khas untuk anda kami paparkan tahap-tahap cemburu yang sewajarnya di dalam satu-satu situasi yang dihadapi.

MASIH SINGLE KERANA TAKUTKAN KOMITMEN? >>

Apabila Si Dia Memandang Wanita Lain

Memang geram sekiranya setiap kali perempuan cantik berjalan di hadapan anda berdua, mesti si dia beria-ia memandangnya. Itu sebenarnya normal bagi seseorang lelaki tetapi ia tidak bermaksud yang si dia mahukannya. Tidak perlulah anda merasa cemburu dengan hal ini.

JULAI PILIHAN ZAIN & ROZITA? >>

Apabila Si Dia Mempunyai Teman Sekerja Secantik Fazura

Okey ini agak bahaya kerana tempat kerja merupakan tempat yang paling mudah untuk seseorang memulakan perhubungan sulit. Jelaskan padanya yang anda ada merasa sedikit cemburu dan tidak selamat dengan keadaan ini. Sekiranya dia sensitif dan ambil berat, anda tidak perlu risau. Sekiranya dia ketawa dan buat tidak tahu, maknanya kedudukan anda sebagai teman wanita bakal tergugat.

PERKAHWINAN JARAK JAUH LEBIH BERTAHAN? >>

Apabila Si Dia Keluar Dengan Kekasih Lama

Situasi ini mungkin berbeza bagi setiap individu. Sekiranya dia memberitahu anda, mungkin ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya si dia baru sahaja berpisah dengan bekas kekasihnya dan enggan memperkenalkan kekasih lamanya kepada anda, mungkin ada sesuatu yang disembunyikannya. Anda tidak perlu risau sekiranya ia hanya makan tengah hari tetapi mulalah menyoal si dia sekiranya dia membawa bekas kekasih pergi makan malam.

PERKARA YANG LELAKI TIDAK MAHU ANDA TAHU >>

Apabila Si Dia Memuji Kecantikan Rakan Anda

Kalau sememangnya benar rakan anda itu cantik orangnya, si dia mungkin ikhlas memuji. Tetapi sekiranya pasangan kerap sangat memuji dan cara pandangannya kepada rakan anda berbeza, dia mungkin menaruh hati dengannya.

Share via
Copy link